Eh ramai suka resepi ringkas rupanya. Fine. Saya juga! Sebab ia memang senang. Hei jangan ada lagi perkataan "malas masak". Resepi yang senang, memang WAJIB cuba. Jangan nak alasan-alasan. Tak kisahlah duduk dengan family ke, duduk bujang ke paling penting yang baru kahwin. Sila rajin masak. Ceh! -..- macamlah dia rajin masak hahahhaha. Eh sekarang dah rajin okay sambil masak sambil pegang anak sambil anak pun tolong masak. Hebat tak? Bila emakk dia salah masuk bahan dia jerit. Bila emak dia masuk bahan betul pun dia jerit jugak. Hebat. Hebat. Sebab itu sekarang masak apa je semua sedap. Ada assistant la katakan. HAHAHAHA. Nak buat macam mana bila assistant sendiri lagi pandai dari chef =.= Tapi bila dia asyik nak jerit je eh rasa nak aje masukkan dia dalam periuk. Tapi sabar lagi sebab nasib baik dia pandai buat muka kucing mata berkaca dalam cerita Shrek tu.
Biasa masak campak-campak tu la yang paling sedap. Kalau kita buat dia betul-betul detail ikut step memang kadang-kadang rasa dia lain macam. Kenapa ek? Tak tahulah kenapa sebab tak buat kajian lagi. Beberapa hari yang lepas tak tahu nak masak apa. Bila pergi dapur asyik terpandang kentang. Pergi lagi sekali. Terpandang lagi kentang. Kentang itu seolah-olah memanggil-manggil <- cewah ayat dia.
Betullah rasanya kentang itu minta dimasak. Biasanya kentang kalau kat dalam rumah ini memang campak dalam sup je. Tak pernah lagi buat masak yang lain. Fikir balik termenung sambil tengok semut angkat gula. Eh kenapa dalam rumah ini banyak semut sekarang! Kat mana-mana aje ada dorang. Sejak bila kita jadi ahli keluarga ni! Kenapa ha! kenapa! Pergilah rumah sebelah ke tak pun rumah belakang tu ke. Dorang kan selalu buang sisa makanan sepah-sepah! Dekat sini takde apa-apa pun. Hei semut datang sini lagi memang aku pukul bontot korang sekor-sekor. Biasaaaaaaaaaaa dia! Ini baru kes semut. Yang dekat bilik air pula lipan. Anak lipan. Sikit hari lagi ada juga bontot tuan rumah kena dengan dia masa pegi berak. NOOOOOO!!!
Sambung balik pasal kentang. Teringat Aery kalau makan luar dia selalu suka sambal goreng kentang! Kopek kentang lepas tu potong kecil-kecil. Misi bermula.
Now nak buat :
"Sambal kentang & ikan bilis"
Bahan-bahan :
4 biji kentang
segenggam ikan bilis
segenggam kacang tanah
3 biji bawang merah (kisar)
1 biji bawang putih (kisar)
20 biji cili kering (rebus dalam air mendidih, buang biji dan kisar)
2 sudu sos tiram
1 sudu gula, garam
Cara-cara :
1) Goreng kentang sampai perang. Ketepikan.
2) Goreng kacang tanah. Ketepikan
3) Goreng ikan bilis. Ketepikan
4) Tumis bahan kisar sampai naik bau & sikit garing
5) Masuk cili kering kisar, tumis sampai pecah minyak
6) Masuk gula, sos tiram, sikit garam
7) Tutup api. Masukkan kentang, bilis, kacang tanah. Gaul. Siap!
MISSION COMPLETED!!









