Tuesday, 21 February 2012

Allium Sativum !

Ramai yang tak suka bawang .. betulkan ? Kalau makan apa - apa nampak bawang mesti nak asingkan dia letak jauh - jauh . Lagi - lagi bawang putih sebab bau dan rasa dia tak sedap . Bawang putih atau nama lainnya Allium Sativum berdasarkan kajian sebenarnya berkesan dalam merawat banyak jenis penyakit ! Hahh terkejut kau ! Bawang dah diguna dalam perubatan sejak dari zaman purba lagi . Walaupun aku sendiri takde lagi time tu . hehee . Aku dapat maklumat ini dari pembacaanlah ! Membaca boleh menambah pengetahuan . Aku memang suka kongsi pengetahuan . Antara khasiat bawang putih secara saintifiknya boleh mengubati masalah seperti berikut :

Tekanan Darah Tinggi

Bawang putih adalah sejenis tumbuhan yang paling selamat dan boleh diharapkan untuk melegakan masalah tekanan darah tinggi . Ia mampu memenuhi semua keperluan agen terapeutik yang baik untuk mengurangkan tekanan darah .

Masalah Pernafasan

Selamat juga dalam merawat penyakit lelah , bronkitis dan masalah pernafasan lain . Berabad - abad lamanya orang - orang China , Greek dan Mesir telah mendakwa bahawa bawang putih boleh menyembuhkan masalah pernafasan . Ia disebabkan oleh kelebihannya yang mampu bertindak sebagai antiseptik dan pembunuh kuman .

Kencing Manis

Bawang Putih mengandungi galian - galian yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat . Bawang putih kaya dengan kalium dan 529mg bagi setiap 100gm , Disamping itu ia kaya dengan zink , mangan, sulfur dan kesemua galian ini berupaya dalam merawat penyakit kencing manis !

Sakit Perut

Mengandungi allicin yang meransang dinding perut dan usus untuk merembeskan enzim pencernaan







Anemia

Meningkatkan penyerapan vitamin B , terutamanya B1 . Mengandungi kuprum yang diperlukan untuk asimilasi zat besi . Ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan vitamin C daripada makanan lain . Vitamin C meningkatkan asimilasi zat besi daripada makanan .

Kolestrol

Mengandungi sebatian fitokimia yang boleh mengurangkan kolestrol dalam darah dan menggalakkan tindakan kemanglian .




Pesanan : Kalau sayangkan diri sendiri mulalah untuk tidak menjauhi bawang putih ! hhehehe semua benda yang tak sedap itu sebenarnya banyak manfaat dia !



(Sumber : m/s 75 , KLIK isu 157)






3 orang tinggalkan komen:

  1. ohh.kt suke bawang merah..bwang putih lak kalo tergigit cepat luah balik.heheh..tpi kalo nak masak memg tumbuk smpai hncur la,xsuke biar ketul2 sgt..suke bau bawang putih bile menumis...asyikkk..kt tak suke taugeh (ehh,tibe2 lak =.=)

    ReplyDelete
  2. i suka bawang putih! suka makan yg digoreng dan bau dia sedap hahahhaha....mmg bawang putih ni membangkitkan lagi bau masakan tumis...

    ReplyDelete
  3. bwang putih mrveles bila tegigit msa mkn..klau tdak x denya nk mkn. Lg satu I suka mkn jeruk bwang putih. sedap.. :D

    btw, I suka gila header U. Cntik gila!! ^___^ kreatif la U ni Ailyl.

    ReplyDelete

Popular tapi tak popular sangat. Pernah baca?