Monday, 20 February 2012

Bukan dari pakar pemakanan

Cara pemakanan yang betul dan baik mempengaruhi tahap kesihatan . Ewah ! cakap dah macam pakar pemakanan pulak . Bukanlah . Nak kongsi tips cara nak sihat dan kekal kurus . Tips ini bukan dari pakar pemakanan .

10 cara untuk kekalkan berat badan cara Ailyl Rozanna :

  1. Elak makan jajan setiap kali tengok TV
  2. Kalau tak nak makan nasi , makan roti wholegrain
  3. Rajin jenguk kandungan pada label maklumat khasiat makanan
  4. Bawa sebotol air masak kalau keluar rumah
  5. Jangan makan fastfood selalu sangat
  6. Makan ulam adalah wajib setiap kali makan
  7. Tidur mesti cukup
  8. Jangan takut untuk berpeluh , atleast kemaslah rumah !
  9. Makan kuantiti sikit , tapi kerap
  10. Pegang prinsip " makan untuk hidup , bukan hidup untuk makan "



Ini adalah roti kegemaran !
Raisin Oatmeal





Maklumat Khasiat Makanan



Tips paling berkesan sangat - sangat kalau betul nak berdiet bagi kurus sebenarnya mudah je , tak payah keluar modal " MINUM AIR MASAK SEBANYAK YANG BOLEH ! "

Percaya atau tak , minum air masak banyak - banyak tolong seseorang itu turunkan berat badan . Betul ! Nak tahu kenapa ??

  • Sebenarnya dalam badan kita ada 70% kandungan air . Badan memang sangat memerlukan air !
  • Air boleh tingkatkan metabolisme seseorang terhadap makanan
  • Perasan atau tak setiap kali minum air masak , lepas itu badan akan rasa berpeluh ! Sebenarnya badan tengah melakukan proses penghangatan cairan dalam tubuh atau untuk lebih faham lagi tengah bakar kalori !
  • Lagi satu perasan atau tak setiap kali lapar , akan ada rasa haus juga .. itu adalah baik ! Jadi cepat pergi minum air masak banyak - banyak .. boleh bantu perut rasa kenyang dan bila dah kenyang dapat elak diri dari makan banyak - banyak macam orang tak makan seminggu
  • Air bantu mengaktifkan serat

10 orang tinggalkan komen:

  1. wahhh , akhirnyaa , sis ailyl update gak , rindu cerita sis taw , huhu . mn depan tv tu xleh selalu , huhu

    ReplyDelete
  2. Shag skrg memang banyak minum air masak. Berpeluh kerap sampai rasa tak selesa pulak/

    ReplyDelete
  3. setuju no 9 tu...biar kerap makan tpi sikit..jgn makan sekali sehari,dah tu sekali mkn,semua ada,nasi lemak,bege,coklat,ais jus.heheh..sy ada baca,penting mkn breakfast sbb kt akan kurg lapar bile siang..so kt pon mkn sikit..

    ReplyDelete
  4. wahhh..!! terbaiklah tips ni ailyl. :) mmg dri zman tok kaduk lg I asik nk diet2 tp x berkesan.. mnum air tu mmg dh jdi kwajipan! even kalau gi klas hari2 I bwak btol air..rsa x biasa plak kalau kuar x bwak air. :D
    anywy, thanks for the tip.

    -->Etude House: Dream come true

    ReplyDelete
  5. minum air byk2 tu teringin nak try. tp urinary bladder ni sll meragam. huhu xboleh simpan byk air. kang 1 kerja xjln sbb asyik pergi toilet je ;(

    ReplyDelete
  6. tambah lagi 1 kak , minum air masak bnyak2 boleh kekalkan kecantikan .. ngheee :)

    ReplyDelete
  7. minum air byk2 leh lembabkan kulit.hehehehe

    ReplyDelete
  8. aku rasa macam nak komen tapi tak jadilah sebab kat sini banyak budak budak hehehehehe >:)

    ReplyDelete
  9. wah sis da jadi pakar pemakanan..
    sis,jom jejalan kat jusco taman u..teringin nk jmpa sis laa

    ReplyDelete
  10. Bdn sy jnis mudah naik berat n susah nak turun. Tmbah2 lepas berenti amik herbalife 2 thn lepas. Minum banyak air mineral is my fav. Sbb terbiasa masa amik herbalife dulu. Tp berat mmg sush nk turun. Maintain je cmtu. Skrg cuba petua amalan Rasulullah. Minum cuka epal cmpur madu setiap pg. Alhamdulillah. Badan makin sihat n berat pon dah makin kurang. Tp btl ckp sis, minum banyak air putih. Tu paling penting

    ReplyDelete

Popular tapi tak popular sangat. Pernah baca?